Latar Belakang

 

LATAR BELAKANG

Pusat   Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) merupakan pusat kecemerlangan bagi bidang psikologi, kerja sosial dan pembangunan manusia. Pelbagai penyelidikan telah dibuat oleh ahli akademik yang memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan manusia di peringkat lokal dan global.

Kepakaran yang ada sewajarnya dimanfaatkan bukan sahaja kepada warga akademik malahan juga kepada masyarakat umum. Sehubungan itu, i-Sejahtera yang merupakan penerbitan popular dalam bidang sewajarnya menjadi wadah kepada ahli akademik untuk memperkasakan kefahaman, kesedaran, kemahiran dan amalan  yang menyumbang kepada kesejahteraan manusia secara holistik dan menyeluruh.

Penerbitan i-Sejahtera juga berfungsi untuk membentuk penjenamaan (branding) Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) di media massa. Bersesuaian dengan perubahan teknologi komunikasi masakini, iSejahtera akan diterbitkan sebagai majalah elektronik. Ini akan membolehkan masyarakat mendapatkan maklumat yang sahih daripada pakar dalam bidang dengan lebih mudah di samping menjimatkan penggunaan kertas. Selain itu, majalah iSejahtera ini juga berpotensi untuk dikormersialkan bagi menjana pendapatan tambahan.

Penerbitan i-Sejahtera ini selaras dengan hasrat mantan Timbalan Naib Canselor, UKM sebagai Pendaulat Amanah Negara, majalah ini, inshaAllah mampu memenuhi aspirasi UKM dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi (KRA 2), Perkongsian Pintar dan Penglibatan Strategik (KRA 3) dan Penjanaan Keewangan Secara Optimum dan Strategik (KRA 5)

Seiring dengan ini, majalah iSejahtera dicadangkan untuk diterbitkan secara berkala untuk memberi ruang kepada ahli akademik terutamanya ahli Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) untuk memantapkan lagi kepakaran sedia ada serta berkongsi kepakaran tersebut melalui penerbitan popular dalam bidang di majalah iSejahtera.

iSejahtera juga dibuka kepada semua penyelidik, ahli akademik, pakar dalam bidang, pembuat dan pelaksana dasar serta badan bukan kerajaan. Manuskrip artikel (minimum: 500 patah perkataan) dalam format Microsoft Word boleh diemailkan kepada ketua editor di jamiah@ukm.edu.my. 

 OBJEKTIF

 Objektif penerbitan majalah adalah;

  • Menyediakan maklumat yang tepat dan sahih untuk bacaan umum terutamanya yang berkait  dengan psikologi kesejahteraan manusia
  • Meningkatkan tahap pengetahuan, sikap dan amalan masyarakat terhadap aspek psikologi dan kesejahteraan manusia
  • Mendokumentasikan kepakaran ahli akademik terutamanya dalam bidang psikologi dan kesejahteraan manusia
  • Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan popular dalam bidang
  • Menjana pendapatan tambahan bagi mengukuhkan lagi sumber keewangan

KEKERAPAN PENERBITAN

Majalah i-Sejahtera diterbitkan secara berkala iaitu pada kadar 2 kali keluaran setahun.

PUSAT PENERBITAN

Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, FSSK, UKM

TEMA PENERBITAN

Isu pertama iSejahtera dikeluarkan mengikut tema khusus iaitu Pengurusan Stres. Edisi pertama tersebut sedang dalam proses untuk diterbitkan sebagai sebuah buku suntingan di bawah Penerbit UKM.

Penerbitan majalah digital ke-2 dan seterusnya bagi iSejahtera adalah dengan tema bebas untuk membolehkan penyelidik dan ahli akademik memberikan sumbang saran dalam bidang kepakaran masing-masing secara bebas mengikut topik dan keperluan semasa demi kesejahteraan manusia di arena lokal dan global.